10 SOALAN PILIHAN PENEMUDUGA

 

Menghadapi temuduga adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari. Tidak kira secerdik mana pun kamu. Selain dari teknik percakapan, pakaian, cara berjalan dan latar belakang pendidikan, kamu perlu lengkapkan ilmu di dada sebelum melangkah masuk ke bilik temuduga.

Yang penting kamu perlu bersedia dengan rapi dan mempunyai cukup maklumat bagi menjawab soalan-soalan yang bakal dikemukakan. Di sini adalah soalan panas yang menjadi kegemaran para penemuduga.

 

Soalan 1: Apakah kelemahan kamu?

Tip menjawab:

Ø      Minimumkan kelemahan kamu, sebaliknya cuba fokus kepada kelebihan yang ada.

Ø      Elakkan daripada mengaitkan kualiti peribadi seperti seorang anak yang baik dan sebagainya.

Ø      Tumpukan kepada kualiti berkaitan dengan pekerjaan.

Contoh jawapan:

Saya sentiasa berusaha untuk meningkatkan keberkesanan kemahiran berkomunikasi. Seperti baru-baru ini saya telah menyertai Bengkel Komunikasi Berkesan bagi memantapkan diri untuk menjadi penyampai yang efektif.

 

Soalan 2: Mengapa kami perlu memilih awak berbanding calon lain?

Tip menjawab:

Ø      Ringkaskan pengalaman dan kemahiran kamu.

Contoh jawapan:

Berbekalkan pengalaman menguruskan beberapa acara semasa di universiti, ianya membantu saya dalam membahagikan masa, menetapkan keutamaan, berkomunikasi dengan berkesan. Berkerjasama dalam satu pasukan dan menangani tekanan. Saya yakin dengan kualiti yang ada ini akan menjadikan saya adalah aset dalam meningkatkan produktiviti syarikat tuan.

 

Soalan 3: Mengapa kamu ingin bekerja di syarikat ini?

Tip menjawab:

Ø      Penemuduga sebenarnya menunggu jawapan yang berbentuk pendapat kamu dan ingin mencari kepastian bahawa kamu bukan sekadar memohon kerana terdapat jawatan kosong.

Ø      Olah jawapan kamu agar menampilkan minat dan kesungguhan kamu untuk bekerja di situ.

Contoh jawapan:

Saya mencari sebuah tempat yang dapat memberi peluang untuk mempelajari perkara baru dan mencabar. Syarikat tuan mempunyai misi yang sejajar dengan apa yang saya inginkan.

 

Soalan 4: Apakah matlamat kamu?

Tip menjawab:

Ø      Adalah lebih baik agar kamu bercakap mengenai matlamat jangka pendek berbanding jangka panjang.

Contoh jawapan:

Untuk jangka masa terdekat ini, saya ingin bekerja di syarikat yang mempunyai pesekitaran mencabar dan memberi peluang bagi menguji kebolehan, menimba pegalaman dan memajukan diri. Matlamat jangka panjang saya ingin untuk maju ke tahap lebih tinggi dan lebih tanggungjawab.

 

Soalan 5: Apakah yang membuatkan kamu lebih layak berbanding calon lain?

Tip menjawab:

Ø      Ringkaskan pengalaman dan kelebihan kamu.

Contoh jawapan:

Saya mempunyai kombinasi yang tersendiri iaitu pengalaman menguruskan kewangan, kemahiran untuk berkomuniksai dengan pelanggan dan kebolehan untuk mengendalikan mesin berkaitan. Ini memberikan keunikan agar saya mempunyai identity lain dari calon-calon lain.

 

Soalan 6: Berapakah gaji yang kamu mahu?

Tip menjawab:

Ø      Sebaik-baiknya ambil tahu mengenai kadar pendapatan mereka berjawatan sama di tempat kamu.

Ø      Hadkan nilai terendah yang boleh kamu kompromi.

Contoh jawapan:

Saya yakin kita dapat bersetuju dengan satu kadar yang memuaskan bagi kedua-dua pihak. Boleh saya tahu berapakah skala gaji syarikat tuan untuk pekerja seperti saya.

 

Soalan 7: Sekiranya kamu adalah binatang, binatang apakah yang kamu ingin jadi?

Tip menjawab:

Ø      Bergantung kepada apakah tanggapan yang kamu inginkan.

Ø      Sekiranya kamu ingin nampak agresif, haiwan seperti harimau dan singa adalah pilihan bagus.

Ø      Bagi pilihan seperti arnab kamu menampakkan kamu seorang yang pasif dan lembut.

 

Soalan 8: Apa yang kamu tahu mengenai syarikat ini?

Tip menjawab:

Ø      Menjalankan penyelidikan adalah kunci bagi soalan ini.

Ø      Lengkapkan diri dengan maklumat produk dan servis, latar belakang sejarah, harga pasaran, jualan tahunan ataupun misi.

 

Soalan 9: Kamu suka bekerja sendirian atau secara berkumpulan?

Tip menjawab:

Ø      Cuba untuk mengadunkan bekerja bersendirian dengan berkumpulan.

Contoh jawapan:

Saya sering mengubah cara bekerja sama ada secara bersendirian atau berkumpulan kerana ia bergantung kepada perkara itu sendiri. Terdapat perkara yang lebih efektif dilakukan secara bersendirian dan ada yang perlu bekerjasama dalam kumpulan. Oleh itu saya mengamalkan kedua-dua cara bekerja agar dapat menjalankan tugasan dengan baik.

 

Soalan 10: Tidakkah kamu jemu atau putus asa mencari pekerjaan yang sesuai dengan diri?

Tip menjawab:

Ø      Pastikan kamu kekal cool dan positif kerana penemuduga hanya ingin menguji tahap optimistik kamu.

Ø      Fokuskan bahawa kamu perlu memilih pekerjaan dengan teliti kerana tidak mahu kerap bertukar kerja kerana kurang serasi.

Ø      Selain itu dengan menguruskan pencarian pekerjaan ini membantu kamu menjadi lebih fokus, objektif, mengasah teknik komunikasi dan menangani tekanan dengan baik.

 

source: Majalah Remaja 1 Feb 2009.

 

 

 

 

13 Responses to “10 SOALAN PILIHAN PENEMUDUGA”

  1. Terimakasih atas tips yang diberi..
    ianya sedikit sebanyak dapat membantu sy..
    Tpi,1 soalan sy nk tnya,tmuduga dijalankan menggunakan bahasa melayu atau english??
    harap dapat jawapan scepat mgkin…

  2. thankz sbb bgi tip…actually diorang akan tnya kita dlm bhs english or bm??then….buleyh x klau kita tipu pasal pengalaman??reply me A.S.AP….

    • mizrs84 Says:

      Salam sejahtera anonymous..terima kasih kerana menyokong blog ini…untuk pertanyaan saudara/saudari..selalunya sesi temuduga dijalankan dalam bahasa inggeris..di sini lah mereka melihat kemahiran saudara/saudari dari skill communicate…jd saudara/saudari harus mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menjawab segala persoalan/pertanyaan yang dikemukan..jgn takut atau nerves..be relax dan confident k….berkaitan dengan pengalaman pulak..ada sesuatu yang tidak wajar suadara/saudari berbuat demikian..kerana para penemudga adalah mereka yang benar-benar arif, yg dipilih oleh pihak syarikat untuk proses pemilihan kakitangan baru..jd adalah lebih baik jika saudara berterus terang mengenai apa jua hal yang berkaitan tentang diri saudara/saudari demi memastikan nilai dan etika yang harus dipegang oleh setiap individu..tidak kiralh dalam sesebuah organisasi, perhubungan atau sebaliknya…nilai kejujuran, ikhlas, amanah dan disiplin harus diterap untuk menjadi insan yang cermerlang bukan sahaja untuk diri malah kepada agama, bangsa dan juga negara…dalam apa jua tindakan..expresi muka, tutur kata, postur tubuh adalah salah satu dari penilaian yang dibuat oleh penemuduga dalam menilai seseorang calon…jd saudara/saudari harus be concern on that part….apa yg ptg..be yourself..mudahan2 segala2nya akan dipermudahkan…sekian..:)

    • Most welcome..semua tu bergantung kepada penemuduga. Jangan takut, tunjukkan keyakinan dan passionate anda untuk menjawat jawatan ini.Tarik perhatian mereka dan yakinkan mereka bahawa anda adalah salah seorang calon yang layak untuk menjawat jawatan itu..best of luck…:)

  3. Mya Alice Says:

    Thx 4 da tips…neves nk pg temuduga ni…tp temuduga dlm english ke malay?

    • mizrs84 Says:

      Salam sejahtera..most welcome..terima kasih…harap terus menyokong blog ini….jgn takut..be confident k…anggap temuduga yang bakal dihadiri ini sebagai moment yang indah untuk menilai dan mencabar diri saudara/saudari…apa yg ptg, sentiasa bersiap sedia dengan apa jua pertanyaan dan persoalan yang dikemukan semasa sesi temuduga…..bersikap tenang adalah lebih baik untuk mencerap sebarang bentuk tekanan…sesi temuduga selalunya di kendalikan dalam bahasa inggeris…di sini, mereka melihat kemahiran anda dari skill komunikasi….sedikit tips: keep smile k…semoga saudara/saudari berjaya..best of luck..sekian…:)

    • Most welcome..semua tu bergantung kepada penemuduga. Jangan takut, tunjukkan keyakinan dan passionate anda untuk menjawat jawatan ini.Tarik perhatian mereka dan yakinkan mereka bahawa anda adalah salah seorang calon yang layak untuk menjawat jawatan itu..best of luck…:)

  4. Hi !nak tanya sikit ,kalau kita lebih fasih dalam bahasa melayu boleh kita jwab dlm bahasa melayu ?

    • dalam dunia kerjaya di awan biru, perkara yang dititikberatkan adalah dalam soal skill komunikasi yang baik. Adalah menjadi satu kelebihan kepada calon-calon yang boleh menguasi lebih daripada satu bahasa. Tidak kira bahasa Melayu, Inggeris mahupun bahasa-bahasa yang lain. Jika penguasaan dalam sesuatu bahasa berada ditahap yang baik ditambah dengan keyakinan diri yang bagus, tiada masalah untuk menjawab segala soalan semasa sesi temuduga nanti.

  5. anonymous Says:

    firstly thanks ats tips2 yg anda bg..sy bru dpt interview letter from sebuah syrikat airline nie..n saya nk tanya lbey terperinci tentang hal temuduga nie..boley ke saya menanyakn soalan terus ke email anda..supaya lebih mudah saya pham n bersedia sebab banyak soalan yg saya nk tanya..tq..harap dapat feedback..tq..=)

  6. anonymous Says:

    firstly thanks ats tips2 yg anda bg..sy bru dpt interview letter from sebuah syrikat airline nie..n saya nk tanya lbey terperinci tentang hal temuduga nie..boley ke saya menanyakn soalan terus ke email anda..supaya lebih mudah saya pham n bersedia sebab banyak soalan yg saya nk tanya..tq..sy harap dapat feedback secepat mngkn..tq..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: