LELAKI BERJAMBANG SEKSI

Jika kamu lelaki berwajah bersih dan mahu menukar penampilan, sekarang mungkin waktu yang sesuai! Suatu kajian yang dilakukan ke atas wanita di United Kingdom (UK), baru-baru ini memberikan keputusan yang wajar difikirkan lelaki dalam menata gaya. Mengikut kajian itu, lelaki sekarang tidak perlu mencukur bersih wajah mereka kerana wanita lebih tertarik kepada lelaki yang menyimpan jambang. Responden yang ditemui menyifatkan lelaki yang menyimpan jambang pendek sebagai gagah, matang, agresif, menonjol dan sasa. Lelaki dari kategori ini dianggap paling sesuai dijadikan pasangan romantik sama ada untuk hubungan singkat atau jangka panjang. Hasil kajian itu yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun, mungkin menjelaskan tarikan yang dimiliki aktor seperti George Clooney dan Brad Pitt yang menawan ramai wanita dengan membiarkan wajah mereka tidak dicukur bersih.

 

source: Majalah Remaja, 1 Feb 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: