TEKNIK MELAKUKAN CPR

Sebelum melakukan CPR, pastikan mangsa diletakkan di tempat yang selamat yang selamat, rata dan keras. CPR mempunyai tiga prinsip. A (airway atau saluran pernafasan), B (breathing atau pernafasan) dan C (circulation atau peredaran darah).

 

Langkah Satu : Tindak Balas

Tepuk bahu mangsa dengan lembut dan bertanya, Adakah anda okey? Jika tiada tindak balas, hubungi talian kecemasan 999. Telefon dengan segera atau minta orang lain melakukannya sementara anda mengendalikan mangsa. Anda perlu memberitahu pihak perkhidmatan kecemasan di mana anda berada, gambarkan kemalangan, beberapa orang yang cedera dan adakah mangsa mengalami masalah pernafasan atau mengalami pendarahan.

 

Langkah Dua: Salur Pernafasan

Letakkan mangsa di tempat yang selesa dengan tangan anda di atas dahi mangsa dan dongakkan kepala mangsa ke atas secara berhati. Angkat dagu mangsa secara perlahan menggunakan dua jari.

 

Langkah Tiga: Pernafasan

Periksa pernafasan. Jika tiada pernafasan, berikan mangsa dua pernafasan dengan memicit hidung, bukakan mulutnya dan lakukan dua kali hembusan.

 

Langkah Empat: Peredaran Darah

Periksa nadinya pada saluran darah (karotid). Jika tiada nadi, lakukan tekanan di dadanya 30 kali dengan dua hembusan. Lakukan dua pusingan.

 

Periksa nadinya. Jika ada denyutan, periksa pernafasannya. Jika tiada pernafasan, beri pernafasan sebanyak 12 kali satu minit dan setiap lima saat satu pernafasan sehingga ambulan tiba.

 

source: Majalah Aniqah – Jun 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: