MENJADI LELAKI ACUAN AL-QURAN

Islam meletakkan lelaki pada tahap yang lebih tinggi kerana mempunyai kelebihan untuk menjadi seorang pemimpin

Islam meletakkan lelaki pada tahap yang lebih tinggi kerana mempunyai kelebihan untuk menjadi seorang pemimpin

Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman

 

Yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah s.w.t

Yang sentiasa haus dengan  ilmu

Yang sentiasa dahaga dengan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut berkata benar

Yang tidak gentar melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang  menjaga tutur katanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilki

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicari

Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya penyayang

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang

 

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibunya

Yang sentiasa berbakti kepada orang tuanya dan keluarga

Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga

Yang mendidik anak mendalami agama islam

Yang mengamalkan hidup dengan kesederhanaan

Kerana dunia bagainya rumah sementara menunggu akhirat

 

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya

Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi Rasulullah s.a.w dan

Khalifah Ar-Rasyidin

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang sujudnya dengan penuh kesyukuran dengan rahmat Allah s.w.t

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa

Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca

Yang suaranya lesu kerana penat mengalun ayat al-Quran dan berzikir

Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Yang bangun subuh dengan kesyukuran dan rahmat Allah s.w.t

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kemalangan

 

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati

Yang baginya di dunia adalah ladang akhirat

Yang mana buah kehidupan ini perlu dibaja dan dijaga

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

 

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia

Yang kerana dia mengimpikan syurga di situlah rumah impiannya….

Dialah lelaki acuan al-Quran

 

source: Majalah Aniqah, Jun 2008 dan Internet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: