MEMULAKAN TUGAS (MAS)

Selepas tamat menjalani latihan selama 10 minggu, para pelatih krew kabin memulakan tugas mereka di dalam pesawat. Sebagai permulaan, mereka di pertanggungjawabkan untuk pesawat Narrow Body untuk pesawat-pesawat seperti MH737. Destinasi untuk penerbangan kategori ini adalah Thailand, Filipina, Indonesia, Taipei, Singapura dan negeri-negeri  di dalam Malaysia.

                Kemudian setelah benar-benar berpengalaman dalam perkhidmatan di dalam pesawat, mereka akan bertukar ke pesawat White Body seperti MH777 dan MH747. Destinasi pesawat ini keseluruh dunia, antaranya ialah negera-negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan lain-lain. Setakat ini penerbangan MAS mempunyai lebih dari 110 destinasi di seluruh dunia. Untuk krew kabin bagi White Body, mereka dikehendaki menjalani latihan khas sebelum memulakan penerbangan. Ia adalah penting memandangkan mereka akan mengendalikan perkhidmatan di dalam pesawat yang besar dan destinasi yang  jauh.

                Setelah tiga tahun berkhidmat untuk pesawat White Body, kemungkinan besar, mereka yang mempunyai potensi yang bagus akan ditawarkan kenaikan pangkat untuk menjadi Leading, Chief dan akhirnya Inflight Stewardes/Steward. Ia bergantung pada pemerhatian pihak MAS dan potensi yang dimiliki oleh krew kabin terbabit. Oleh sebab itu, setiap krew kabin haruslah sentiasa menjaga reputasi dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan mereka.

               

INFO

Selain dari tawaran gaji yang lumayan dan ditambahkan dengan elaun yang tinggi, banyak lagi faedah yang dapat diperolehi oleh krew kabin. Ia merupakan antara tarikan utama mengapa kerjaya ini menjadi pilihan mereka yang berminat. Antaranya ialah:

Ø      FOC tiket sekali setahun untuk mana-mana destinasi penerbangan MAS.

Ø      Pakaian seragam percuma.

Ø      Pengangkutan percuma semasa menjalani tugas. (Seperti dari rumah ke lapangan terbang dan sebaliknya).

Ø      Jumlah cuti sebanyak 21 hari setahun

Ø      EPF dan SOCSO

Ø      Penginapan disedia semasa menjalankan tugas.

Bagi remaja yang berminat untuk menjadi salah seorang dari pramugara/pramugari, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti temuduga yang diadakan setiap tahun oleh pihak MAS. Manalah tahu kalau peluang kamu lebih cerah dalam bidang ini memandangkan prospek karier ini amat meluas dan menjamin masa depan.

 

Tangga gaji mengikut peringkat:

Ø      Pelatih yang sedang menjalani latihan di Akademi MAS: Elaun-RM770

Ø      Selepas tamat kursus (Narrow Body): Gaji pokok-RM800, Elaun-RM900. Jumlah semua: RM1700.

Ø      White Body: Gaji pokok-RM1000, Elaun-RM2500. Jumlah semua: RM3500.

 

 

source: Majalah Remaja, 15 Jan 2001

4 Responses to “MEMULAKAN TUGAS (MAS)”

  1. Im so excited when read this article..its owesome..he2.i was one individual from a million of people who really inspiring this job..i really2 want to be a cabin attendant..and now further my study at utm…one year left and then..my mission is to be a cabin attendant.
    Actually,its not da salary that takes my attention to be a part of cabin attendant family but i believe that million of experience i can obtain from this job.Meeting a passengers around the worlds and learn something new everyday.
    I hope you can inform me on my mail if there is cabin attendant interview around sarawak or sabah..thank you..

    • hye…are u interested to be a cabin crew….
      sebenarnya tak susah nak jadi cabin crew ni..asalkan u ada pakej..i mean u knowledge, paras rupa dan paling ptg passionated….jika u berminat..MAS selalu akan buka jawatan sebagai cabin crew setahun dua kali…kalo tak silap bulan jun dan november..trylah…sebenarnya i pun minat nak jadi cabin crew, tapi ada beberapa faktor yang menghalang cita-cita i..i tak cukup tinggi..sekarang ni i bekerja sebagai wartawan di utusan malaysia…i nak cite dgn u, baru2 ni i ada buat liputan di HQ AirAsia…dia ada tanya i nak jd FA, tp bila tgok ketinggian i dia kata susah sikitlah..hehhehehe..

      by the way..air asia sentiasa mengambil FA, kalo tak silap bulan ni pun ada…yg ptg u pg kat ibu pejabat dia untuk interview..kalo tak silap setiap hari dia buat interview….kalo u nak contact person, i boleh bagi..sbb i ada kenal dgn PR air asia..

      kalo ada apa u can email me at mizrs_27@yahoo.com.my

      idios…;p

      • akak asal dari mana eak??tdak apa lah kak…..sbar sja lh..akak x pernah cuba ke nak pg temu duga mana tahu akak dpt..xda sepa yang tahu hehe..

  2. Hye!!!!i’m mia…i interested wif tis job…i’m 20 years n i want 2 be a FA….Can u help me?can u give me the interview date 4 coming soon FA
    interview?i really2 like this job..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: