TERBANG DI AWAN BIRU, PELUANG KELILING DUNIA

CANTIK , TAMPAN DAN BERKREDIBILITI KRITERIA UTAMA

Sebenarnya menjadi krew kabin ini bukan sahaja memerlukan wajah yang cantik, tampan sahaja. Beberapa kriteria lain juga dijadikan faktor asas dalam kerjaya ini. Imej mereka juga sering disebut sebagai imej negara. Sekiranya kamu ingin menjadi salah seorang daripada krew kabin ini atau membina kerjaya di awan biru ini kriteria yang diperlukan bagi membolehkan kamu menjadi seorang daripada gadis atau jejaka emas. Untuk mengetahui tentang prospek kerjaya sebagai krew kabin, ikuti sedikit panduan dan tip dari Malaysia Airlines System (MAS)

 

Setiap tahun MAS mengadakan sesi temuduga sebanyak tiga kali setahun dan akan bergerak dari satu negeri ke negeri yang lain untuk mengadakan sesi temuduga secara terbuka. Pemilihan untuk calon krew kabin amat teperinci dan beberapa peringkat diadakan dalam sesi temuduga terbabit. Walau apapun, sebelum menghadiri sesi temuduga, setiap calon mestilah meneliti syarat-syarat yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Individu yang berminat untuk menjadi krew kabin haruslah mematuhi syarat-syarat kelayakan untuk memohon sebagai krew kabin. Syarat-syarat adalah seperti berikut:

 

PRAMUGARA & PRAMUGARI

Kelayakan:

Ø      Mestilah warganegara Malaysia, berusia 18-30 tahun (pada tarikh temuduga)

Ø      Kelayakan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak diiktiraf.

Ø      Fasih berkomunkasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (MAS juga mencari calon-calon yang fasih di dalam Bahasa Mandarin)

Ø      Tinggi minima: 158cm (Wanita) dan 165cm (Lelaki)

Ø      Sihat tubuh badan dan mempunyai penglihatan yang baik

Ø      Pengalaman dalam khidmat pelanggan (Customer service) adalah satu kelebihan dan keutamaan

 

source: Majalah Remaja, 15 Feb 2001

12 Responses to “TERBANG DI AWAN BIRU, PELUANG KELILING DUNIA”

  1. sylvester rossa calingacion Says:

    pada tarikh bila pengambilan pramugara/pramugari di lakukan ?

  2. sylvester rossa calingacion Says:

    bilakah tarikh pengambilan pramugara dan pramugariberlangsung ?

  3. sylvester rossa calingacion Says:

    tolong maklumkankan saya bila pengambilan ini berlangsung.
    sebab impian saya adalah inigin menjadi pramugara.
    ini nombor telefon bimbit saya: 0195880302
    terima kasih.

  4. bila lagi temuduga die untuk thun 2010 lak??
    saya nak try lar sebab tahon depan dah masuk 18..

  5. Noor Amirah binti Mustaza Says:

    kerjaya yang sangat menarik..may be one day i nak keje dgn mas..bleh tak??

    • mizrs84 Says:

      Assalamualaikum dan salam sejahtera …Mudahan2 amira..setiap kejayaan tidak akan datang bergolek..yg ptg usaha tanpa kenal erti putus asa..keep it up k….setiap kerja yang kita buat msti ada passion..jadi ,usahakan sampai berjaya diiringi doa kepada yang Maha-Esa..amin..sekian…:)

  6. Siti Nurfatwa bt Abdul Jalil Says:

    pakaian sewaktu interview?? i nk interview untuk mnjadi pramugari.. inform me jika ada temuduga di sekitar sarawak…. 014-8829735

    • mizrs84 Says:

      Salam saudari Nurfatwa..maaf kerana lambat membalas mesej saudari…berbalik kepada pertanyaan saudari mengenai protokol semasa menghadiri temuduga jawatan pramugari..seelok-eloknya pakaian yang perlu dipakai adalah formal…pastinya saudari Nurfatwa sedia maklum tentang peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah syarikat penerbangan…misalnya untuk sebarang sesi temuduga pramugari di Air Asia, mereka menghendaki setiap calon memakai pakaian seperti dress/mini skirt yang bersesuaian…elakkan pakaian yang tidak mencerminkan indentiti tuk bergelar pramugari…jika di MAS pulak, pakaian seragam mereka adalah kebaya yang menjadi simbol dan ikon masyarakat kita Malaysia, jadi adalah lebih baik jika saudari mengenakan pakaian yang sebegitu…harap jawapan sy menjawab segala pertanyaan saudari….berkenaan ttg temuduga di Sarawak, pastikan saudari sentiasa update dengan sebarang iklan pengambilan jawatan cabin crew oleh syarikat2 pernerbangan yang berkenaan…umum mengetahui, pengambilan tuk sebarang jawatan crew cabin di buat 2 kali setahun mengikut keperluan syarikat penerbangan terbabit..sekian…

      • ada kemungkinan x untuk dapat kerja ni kalau sekadar apply secara online?

      • Salam, untuk pengetahuan saudari siti nurfatwa, untuk bergelar seorang pramugari, mereka perlu untuk menjalani beberapa peringkat saringan dan ujian yg dijalankan oleh pihak company. pemilihan setiap cabin crew dilakukan amat ketat dan mereka yang layak sahaja akan ditawarkan tempat untuk menjalani latihan pratikal selama 3 bulan sebelum mereka menjalani latihan amali didalam pesawat. proses permohonan secara online adalah dikategori sebagai pra-permohonan. calon-calon yang dirasakan berkelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk proses saringan seterusnya. umum diketahui, selalunya syarikat2 penerbangan akan melakukan temuduga terbuka untuk memilih calon-calon bagi mengisi jawatan tersebut. Pastikan saudari sentiasa updated dari semasa ke semasa..lihat keratan2 iklan diakhbar2 mahupun secara online di laman web syarikat2 penerbangan yang menawarkan kerjaya sebagai crew cabin..TQ

  7. hi..salam…sya harap anda mampu membalas comment ini..
    apakah step-step semasa interview? nak tau sgt2.. kalau berkacamata adakah akan diterima?

    • wssalam, maaf kerana kelewatan membalas mesej saudari..saya akan cuba memberi tips berguna untuk dikongsi bersama..harap dapat bersabar..tq…:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: