DIMANA SILAPNYA (PART 1)

SINTOK: Apabila berbicara tentang masalah dan gejala homoseksual, ianya bukan sesuatu yang baru dalam masyarakat hari ini.

Tetapi realiti sekarang, masalah ini kian meruncing dan menjadi ‘api dalam sekam’. Pelbagai justifikasi dan pendapat yang diberikan oleh orang ramai terhadap gejala ini yang kian memuncak dan menimbulkan kerisauan di hati ibubapa.

Isu sebegini sering mendapat tempat di dada-dada akhbar dan menjadi permasalahan kepada masyarakat untuk memikirkan pendekatan membendung segera demi memastikan masyarakat masih berpegang pada nilai-nilai agama dan kewarasan akal.

Membahaskan isu ini dengan lebih lanjut, terdetik difikiran bahawa gejala ini secara amnya berpunca daripada kepincangan dalam sistem kekeluargaan mahupun wujud akibat kepesatan arus pembangunan yang tidak menitikberatkan kepada pembentukan sahsiah dan modal insan dalam masyarakat.

Menyingkap persoalan ini, pelbagai andaian boleh dibuat untuk memberi jawapan tentang kesamaran ataupun kekeliruan terhadap jantina mereka.

Dalam pada itu, menerima tugasan untuk mendapat berita tentang masalah gejala homoseksual , bukan sesuatu yang mudah.

Tawaran demi tawaran, ramai yang menolak untuk mendedahkan kegiatan mereka kerana mereka tidak mahu kisah hidup mereka digempar-gempurkan yang mampu mengundang konstroversi kepada masyarakat.

Perkenalan dengan Boy dan Rynn (bukan nama sebenar) menerusi laman MIRC berlaku secara kebetulan ketika melayari laman tersebut.

Pelbagai cara dan tindakan dirancang bagi memastikan bahan yang terbaik untuk pembaca semua.

Namun tidak dinafikan pada peringkat awal perkenalan di laman ‘chatting’, mereka ini kelihatan agak keberatan dan sukar untuk mempercayai sama ada nama mereka tidak dimuatkan di dalam perbincangan ini.

Mungkin golongan ini berasa bimbang dan takut mereka akan dipermainkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab, lantas kami membuat panggilan dan menerangkan niat sebenar.

Perbualan yang singkat ini telah membawa kami menyelami perasaan dan masa depan golongan seperti Boy dan Rynn yang sinonim dengan istilah homoseksual atau ‘gay’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: