DISEBALIK WAJAH TAMPAN TERSIRAT SATU RAHSIA (PART 3)

Menjawat jawatan tertinggi dalam sesebuah agensi tidak menghalang Rynn (bukan nama sebenar) untuk meneruskan hawa nafsu bertentangan sunnah nabi semenjak di sekolah menengah lagi sehinggalah kini.

                “Semasa kecil saya dibesarkan dalam keadaan yang penuh displin malah ayah sangat mementingkan akademik dan agama disebabkan itu saya dihantarkan ke sekolah asrama di salah sebuah daerah di Johor.

                “Ibubapa saya tidak pernah mengetahui apa yang saya lakukan dan mereka fikir saya seperti lelaki normal lain yang akan berkahwin dengan wanita pilihan saya,” katanya yang baru sahaja bekerja dalam sebuah firma swasta di Kuala Lumpur.

Anak ketiga daripada empat beradik telah mendapat pendidikan awal di salah sebuah IPTA tempatan dalam bidang pengurusan sangat menggemarkan aktiviti lasak dan melancong ke luar negara.

                Wajahnya yang tampan dan susuk tubuh yang gagah boleh membuatkan semua wanita di dunia ‘jatuh cinta pandangan pertama’ setelah memandang Rynn yang sememangnya mengambil berat soal imej dan penampilan dirinya bersesuaian kerjayanya masa kini.

                Namun disebalik wajah tampan dan ‘macho’, aktiviti menyimpang tersebut tidak pernah dapat dikesan oleh pihak pengurusan mahupun seluruh warga institusi tersebut.

                Menurutnya, golongan ini bukanlah lelaki lembut atau lebih dikenali sebagai mak nyah tetapi lelaki normal yang mencukupi segala sifat yang dimiliki lelaki lain.

                Di peringkat IPTA, pilihan yang banyak membuat Rynn semakin ligat mencari ‘anak ikan’ yang masih segar dalam kalangan pelajar baru sama ada dari dalam mahupun luar negara untuk dijadikan ‘buah hati’nya.

                “Kalau difikirkan soal cemburu ini, saya pun ada juga terasa apabila buah hati dirampas orang.

                “Ada di antara rakan saya, merupakan wakil universiti dalam bidang sukan juga terjebak dalam aktiviti ini.

                “Saya telah terjebak dan sudah jauh terpesong dan bukan senang untuk kembali seperti kehidupan yang normal tetapi saya akan cuba untuk kembali kepangkal jalan.

                “Mungkin inilah silap saya kerana terlalu ikutkan hawa nafsu walaupun saya sudah mempunyai karier yang agak baik tetapi jauh disudut hati ini saya ingin untuk berubah,” katanya sebelum menamatkan perbualan yang singkat kerana beliau masih dalam waktu bekerja lagi.

One Response to “DISEBALIK WAJAH TAMPAN TERSIRAT SATU RAHSIA (PART 3)”

  1. Suka tulisan saudara… teruskan menulis… saya meminati hasil nukilan saudara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: