SAYA TIDAK SALAHKAN SESIAPA (PART 2)

“Pada awalnya, hanya sekadar suka-suka sahaja tetapi lama-kelamaan sudah jadi perkara biasa dan menyeronokkan akhirnya saya kini digelar ‘gay’ atau lebih dikenali sebagai hubungan sejenis,” kata Boy (bukan nama sebenar) yang akan mengambil peperiksaan SPM akhir tahun ini.

                Walaupun menetap di negeri yang berpegang kepada ajaran Islam, ini tidak bermaknanya tidak akan terjebak dengan gejala tersebut. Jika dilihatkan latar belakangnya dari keluarga yang sederhana, tidak menampakkan beliau diabaikan oleh ibubapanya mahupun mengalami masalah kewangan yang boleh dijadikan alasan mengapa beliau menjadi sebegini rupa.

                “Bukan saya nak jadi macam ini tetapi naluri dan minat saya kepada golongan sejenis ini memang  sudah lama sejak memasuki sekolah menengah lagi.

                “Saya jadi sebegini mungkin disebabkan oleh pengaruh daripada rakan sebaya walau apa pun saya tidak menyalahkan mereka sama sekali.

                “Pada mulanya, hanya sekadar gurauan biasa di antara rakan sebaya sehinggalah berlaku kejadian yang tidak diingini namun lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan dan keseronokkan untuk melakukannya lagi,” katanya.

                Kini genaplah lima tahun, beliau terjerumus dalam gejala ini tetapi kaum keluarganya termasuklah ibubapa beliau tidak pernah mengetahui anak mereka sudah jauh menyimpang dari ajaran Islam.

                Ibubapa mana yang sanggup melihat anak-anak mereka terlibat dalam masalah gejala sosial seperti homoseksual sedangkan anak yang dikandung selama sembilan bulan setengah dan ditatang dengan minyak yang penuh menconteng arang di muka mereka namun mereka bukanlah ibubapa yang kejam sehingga tidak memaafkan anaknya.

                “Apabila saya memikirkan ibubapa yang menjaga saya selama ini, saya pernah cuba berpatah balik tetapi ia amatlah sukar kerana sudah sebati dalam hidup saya.

                “Apa pun, saya berharap saya akan berubah dan mungkin akan berumahtangga dan mempunyai anak pada masa akan datang,” katanya apabila ditanyakan perancangan masa depan sama ada ingin berubah atau tidak.

                Apa yang diharapkan agar pengalamannya dijadikan iktibar kepada masyarakat di luar sana agak tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral ini dan sentiasa beringat-ingat batasan yang telah ditetapkan dalam agama serta menjauhi diri dari sebarang bentuk anasir yang boleh meruntuhkan akhlak dan keimanan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: