PERSPEKTIF PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI (PART 4)

SINTOK: Melihat daripada bentuk fizikal memang sukar untuk mengenalpasti golongan homoseksual atau dikenali sebagai gay, hanya mereka yang sealiran dengan kelompok masyarakat ini sahaja yang mengetahui tentang perilaku tersebut.

                Dalam memperkatakan tentang definisi homoseksualiti atau gay, tidak terdapat istilah yang boleh dirujuk untuk mengambarkan maksud perkataan tersebut, perkataan yang paling hampir dengan istilah homoseksualiti adalah “liwat” perihal yang merujuk perlakuan hubungan sejenis melalui dubur.

                Isu homoseksual semakin menjadi fenomena sosial di Malaysia, dengan timbulnya masalah masyarakat yang dirujuk sebagai gejala sosial  sewaktu ledakan ekonomi negara pada dekad 90-an yang lalu, homoseksual semakin ketara didedahkan oleh media terutamanya daripada akhbar harian, akhbar tabloid dan majalah popular berbahasa Melayu.

                Kesedaran tentang gejala homoseksual atau gay di kalangan masyarakat Malaysia masih mengelirukan dan tidak ramai yang mengetahui maksud sebenar perlakuan tersebut.

Ramai yang menyangka gejala yang berlaku melibatkan perlakuan seksual sejenis, sebenarnya perlakuan tersebut lebih daripada itu.

                Menurut seorang Profesor dari Jabatan Psikologi dan Kaunseling sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di utara semenanjung Malaysia berkata, perlakuan seks homoseksual atau gay merupakan isu yang sensetif dan masih dianggap ‘rahsia terdedah’ kerana pendedahan secara terbuka mungkin akan menimbulkan salah faham dikalangan masyarakat.

                “Homoseksual atau gay dalam budaya Melayu tidak diterima, hal ini kerana agama Islam yang dianuti oleh orang Melayu dengan tegas melarang sama sekali perbuatan tersebut kerana perlakuan seksual sejenis merupakan perbuatan terkutuk, dilaknati  dengan sebesar-besar dosa daripada persepktif Islam.

                “Perlakuan yang digambarkan meletakkan status homoseksual atau gay sebagai sesuatu yang tidak normal, ganjil, pelik lagi mengaibkan dalam latar budaya tempatan dan menyimpang jauh daripada norma-norma dan fitrah seorang manusia,” katanya.

Homoseksual atau gay merupakan konsep yang menjurus secara langsung kepada aspek psikososial dimana rangkuman dari sudut psikologi dan sosial.

                Melihat dari sudut psikologi, elemen yang terdapat di dalamnya adalah seperti sikap, minda, perasaan, tindakan dan niat, manakala sosial pula merujuk kepada interaksi dengan orang lain.

                Menurutnya lagi,  pola perlakuan seksual manusia mengikut bidang psikologi Barat dapat diperjelaskan dengan konsep orentasi seksual dalam tiga kategori iaitu hetroseksual (hubungan lelaki dengan wanita), homoseksual (hubungan sejenis sama ada lelaki atau wanita), dan biseksual (hubungan dengan lelaki dan wanita),setiap daripada kita tergolong dalam salah satu daripada tiga kategori ini.

                Dalam hal ini, orientasi seksual merujuk kepada reaksi berahi kesan daripada fantasi, keinginan seksual dengan jantina untuk mengadakan hubungan seksual dan orientasi seksual ini kekal berpanjangan dalam kehidupan.

                Seperti tarikan seksual hetroseksual, tarikan berahi seksual homoseksual adalah pengalaman biopsikososial yang berlaku dalam diri secara senyap dan tidak dapat diperhatikan dengan mata kasar.

                Perbentukan indentiti seksual homoseksual juga diakui berlaku mengikut beberapa tahap yang membabitkan tahap kekeliruan, tahap perbandingan indentiti, tahap toleransi indentiti, tahap penerimaan indentiti, tahap kebanggaan indentiti dan tahap sintesis indentiti.

Masalah homoseksual atau gay berlaku disebabkan oleh masalah didikan, layanan ibu bapa terhadap anak-anak semasa kecil, pengaruh rakan sebaya dan persahabatan yang terlalu rapat sesama jantina.

                Gejala homoseksual atau gay dipercayai bermula di sekolah berasrama, institusi pengajian tinggi, kem-kem tentera dan kemudian terus diamalkan setelah bekerja, kelompok yang terbabit ini dikenali sebagai sitvational homoseksual.

                Kajian-kajian dan teori-teori mengenai gejala homoseksual atau gay masih kurang dan banyak pendapat umum yang mengetepikan, mempertikaikan perdebatan nature lawan nurture atau interaksi nature dan nurture sebagai punca berlakunya gejala homoseksual seperti yang dipercayai oleh pakar-pakar sains tingkah laku seksual manusia Barat.

                Faktor nature atau faktor semulajadi merujuk kepada kesan biologikal seperti faktor genetik, hormon, saiz hipotalamus dalam otak terhadap punca homoseksual.

Menurut Profesor lagi, nurture merujuk kepada kesan sosialisasi dimana perkara yang dipupuk dalam diri seperti pengaruh rakan-rakan, pergaulan, internet dan pengaruh dari Barat.

                Secara luarannya, agak sukar untuk mengenal pasti lelaki homoseksual atau gay, keadaan ini berlaku kerana lelaki homoseksual menampilkan perilaku seperti lelaki hetroseksual, mereka menyembunyikan indentiti seksual homoseksual daripada pengetahuan keluarga dan mereka yang lain.

                Tindakan ini dilakukan bagi mengelak daripada berlakunya konflik keluarga serta menghindar daripada penghinaan daripada fizikal atau psikologikal dikalangan masyarakat..

                “Perkahwinan dalam kalangan lelaki homoseksual atau gay ada yang berjaya dan ada juga yang gagal sebagaimana yang berlaku dalam pasangan yang normal, ketidakserasian dengan pasangan dari segi fizikal, mental dan emosi, tarikan cinta sejenis yang masih kuat dengan cara kehidupan mereka.

                “Lantaran ini, perkahwinan digunakan sebagai alat untuk mengaburi pandangan masyarakat,” katanya.

                Persoalan tentang sejauh manakah tarikan nafsu berahi sejantina mampu dibanteras masih menjadi tanda tanya yang belum pasti, jika dilihat daripada peskpektif global, semua agama di dunia ini menentang perlakuan hubungan sejenis ini kerana melanggari tuntutan norma sosial, adat, agama serta fitrah seorang manusia.

                Mereka yang terjebak haruslah kembali ke pangkal jalan dan sentiasa meminta pertolongan dan rahmat Allah agar dibukakan pintu hati untuk menuju ke jalan yang benar, pintu keampunan sentiasa terbuka bagi sesiapa yang benar-benar menyesali di atas perbuatan mereka.

                “Perlakuan sumbang perhubungan sejenis ini wajar dibendung malah mereka perlu dibimbing, mereka yang mengalami masalah kesihatan dari segi ‘kejiwaan’, perlu dirawat, dipulihkan dengan menggunakan pendekatan kerohanian dan psikoterapi.

                “Pendidikan akhlak dan ilmu agama perlu dipertingkatkan supaya tidak terjerumus dalam kancah keruntuhan moral, dan kepada mereka yang menghadapi masalah tekanan perasaan jangan berasa malu untuk meluahkan kepada individu yang dipercayai, dan dapatkan sesi kaunseling dari kaunselor-kaunselor yang bertauliah untuk mencurahkan masalah,” katanya.  

 

 

7 Responses to “PERSPEKTIF PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI (PART 4)”

  1. Manusia mudah melontarkan pandangan dan idea… saya percaya setiap insan yang dilahirkan dengan sifat sedemikian tidak dibekalkan dengan kekuatan untuk membuang sifat tersebut…. walaubagaimanapun kejadian Tuhan tidak boleh disangkal…. kita adalah makhluk yang hina yang hanya mampu berdoa mohon dimaafkan..

    • mizrs84 Says:

      Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya…sebagai manusia kita tidak lari dari melakukan kesilapan…apa yang lebih penting kita menyedari segala kemungkaran yang kita lakukan dan kembali ke pangkal jalan. dalam mengharungi ranjau kehidupan ini, kadangkala kita terlepas pandang tentang soal-soal agama yang telah menggariskan panduan yang cukup sempurna untuk kita melayari kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini. semoga kita sama-sama diberikan hidayah oleh yang maha esa..InsyAllah..mudahan2..

    • mizrs84 Says:

      Assalammualaikum dan salam sejahtera…terima kasih di atas sokongan yang diberikan…benar seperti yang sudara/saudari utarakan..kita sebagai insan kamil di muka bumi ini, tidak lari daripada melakukan kesilapan..apa yang lebih penting kita menyedari kekhilafan yang dilakukan dan perbaiki diri ke arah yang lebih baik…mohon pertunjuk dr-Nya, moga ditetapkan iman dan sentiasa dalam lindungan-Nya..amin….:)

  2. Assalamualaikum…mohon untuk mengambil sedikit info dari topik ini . saya sedang mencari isi-isi yang dapat di masukkan kedalam tugasan social study berkaitan homoseksual,.

  3. jaket kulit…

    […]PERSPEKTIF PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI (PART 4) « Mizrs84′s Blog[…]…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: