LELAKI DAN KERJAYA

pb459Pastinya setiap insan di dunia ini mempunyai matlamat dan impian yang ingin dicapai dalam kehidupannya. Tidak kiralah samaada dalam lapangan kerjaya, keluarga, pendidikan mahupun peningkatan kepada kualiti hidup.  Bermula daripada saat-saat dilahirkan, merangkak, bertatih, berjalan kemudian meniti alam dewasa adalah suatu tempoh masa yang cukup panjang untuk dinikmati dan dihayati bersama. Itulah realiti dan lumrah hidup kita sebagai manusia dan hamba kepada penciptanya. Lantaran itu, terdapat banyak perbezaan yang cuba  dirungkai daripada aspek peranan, tanggungjawab dan tuntutan yang dipikul diantara kaum lelaki dan juga kaum wanita.

                Melihat kepada situasi yang berlaku kini, terdetik dihati dan akar fikiran untuk cuba menyelongkar dan berdiskusi mengenai dunia lelaki dan kerjaya. Mengimbau kenangan di zaman kanak-kanak, mengingatkan kepada diri saya kepada sorotan cerita yang berkisar diantara cita-cita dan impian yang ingin dicapai apabila dewasa kelak. Leteran dan omelan ibu dan ayah tercinta yang sentiasa manis berbicara mengungkapkan kata-kata “…bila dah besar nanti nak jadi apa?” mungkin masih lagi terngia-ngia di telinga kita semua.

                Mungkin ketika itu, pelbagai jawapan yang sering disuarakan adalah untuk menjadi polis, askar, cikgu, bomba dan sebagainya. Keputusan yang dibuat adalah untuk menyakinkan bahawa itulah keputusan yang terbaik dan muktamad dikala usia kanak-kanak yang belum tahu dan mengerti tentang prospek dan masa depan mereka. Proses peralihan dan kematangan menjadikan diri mereka berubah dan tingkat pemahaman terhadap sesuatu perkara dinilai berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang ditimba.

                Dalam membahaskan tentang persoalan kerjaya dan masa depan seseorang lelaki, kita melihat kepada peranan dan tanggungjawab yang telah diamanatkan kepada diri mereka. Tidak kira apa jua bidang kerjaya yang diceburi, sudah menjadi satu kewajipan ke atas diri mereka untuk menjadi pemimpin yang akan mencorakkan institusi sosial, politik, keluarga dan juga masyarakat.

                Mengambil petikan dari (Surah Al-Nisa: Ayat 34) menyebut “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana itu Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagaian daripada harta mereka”.

                Dengan ini jelas menunjukkan Islam meletakkan lelaki pada tahap yang lebih tinggi kerana mempunyai kelebihan untuk menjadi seorang pemimpin. Sudah menjadi lumrah dan fitrah hidup, lahir sebagai seorang lelaki bermakna mereka akan mempunyai segala pengetahuan dan kemahiran sebagai seorang insan yang mempertahankan maruah agama, bangsa dan juga negara.

                Dikala sedang asyik membicarakan tentang profesion, kerjaya, kepimpinan dan masa depan seseorang lelaki, kita tidak seharusnya meminggirkan isu yang berkaitan dengan cabaran arus globalisasi dan liberalisasi kini. Keupayaan dan kewibawaan kita sebagai seorang lelaki untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi harus sentiasa dipertingkatkan. Hal ini menjadikan kita lebih kompentatif dan dinamik untuk bersaing dalam dunia persejagatan.

                Untuk menjadi cemerlang dalam kehidupan dan kerjaya, kita seharusnya mempunyai iltizam yang kuat dan komitmen yang tinggi untuk mencapai impian dan cita-cita. Gunakan peluang yang disediakan untuk menimba ilmu pengetahuan dan bersainglah secara sihat dalam apa jua bidang dan kerjaya. Elakkan dari bersikap iri hati, dengki, buruk sangka dan tamak haloba.

                Dalam apa keadaan pun kaum lelaki juga harus bersikap positif dan proaktif. Hindarkan sikap-sikap negatif yang boleh menghalang kejayaan. Sikap-sikap negatif seperti pemalas dan tidak berdaya maju hendaklah dihindarkan. Mereka juga perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan mengelakkan dari perasaan rendah diri.

                Sikap proaktif amat penting jika ingin berjaya. Sikap ini akan membuatkan mereka sentiasa peka akan keadaan sekeliling. Semangat ingin tahu dan ingin mencuba akan membolehkan mereka mengetahui dan mendapatkan pengalaman baru.

                Hakikatnya tidak semudah untuk menjadi seorang lelaki yang benar-benar mempunyai kriteria yang  mengikut takrifan agama, walaupun terdapat panduan yang melayakkan untuk menjadi lelaki yang sempurna di mata masyarakat.

                Secara ironisnya, apa yang kita kehendaki dan ingin adalah pengemblengan usaha dari semua pihak untuk sama-sama maju dan berjaya. Kombinasi keupayaan diantara golongan Adam dan Hawa akan menjadi sumber terbaik dalam mengerakkan potensi diri seterusnya akan membawa negara ke mercu kecemerlangan dan kegemilangan.

                 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: