KRITERIA DIRI MAHASISWA DAN MAHASISWI YANG CEMERLANG

 

Bakal peneraju kepimpinan negara

Bakal peneraju kepimpinan negara

Dewasa ini, kemajuan dalam sistem pendidikan telah membentuk generasi mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang dalam pelbagai aspek.Kecemerlangan ini merupakan satu wadah yang amat penting bagi membina tamadun bangsa yang mementingkan penerapan nilai-nilai tradisi masyarakat.Kecemerlangan ini bukan sahaja bergantung kepada aspek kejayaan akademik semata-mata tetapi juga bergantung kepada usaha dan pengorbanan dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan.Teras pembentukan generasi mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang banyak dipengaruhi oleh sikap dan tingkah laku mereka. Sikap dan tingkah laku mahasiswa dan mahasiswi mencerminkan kewibawaan mereka untuk menjadi sumber inspirasi dan tunjang kepimpinan dalam memenuhi hasrat dan harapan ibu bapa,masyarakat dan negara.Mereka harus mempunyai semangat jati diri,berilmu dan mampu bersaing dalam era globalisasi dan liberalisasi yang hanya memerlukan mereka yang kuat, cekal, kental dan tabah sahaja dalam mengharungi cabaran ini. Mereka harus bertanggungjawab terhadap diri mereka agar tidak hanyut dalam arus pemodenan kini yang meminggirkan tentang soal penerapan nilai spiritual.

            Oleh itu,mahasiswa dan mahasiswi harus mempersiapkan diri mereka untuk menjadi seorang yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Antara elemen yang sangat penting dalam pembentukan diri mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang ialah kemahiran komunikasi yang baik. Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran yang dapat mewujudkan interaksi dan perhubungan yang tidak mengira sempadan masa,bangsa dan negara.Kemahiran komunikasi juga melibatkan penguasaan dalam pelbagai bahasa khususnya bahasa inggeris dan mandarin. Dalam era literasi maklumat ini,kemahiran komunikasi yang baik dikalangan mahasiswa dan mahasiswi menjadikan diri mereka lebih berkeyakinan,berketerampilan dan dapat mencerap segala ilmu pengetahuan dengan mudah. Disamping itu juga,kemahiran komunikasi yang baik juga menjadi nilai tambah kepada diri mahasiswa dan mahasiswi dalam persediaan sebelum menceburi pasaran perkerjaan  setelah tamat daripada pengajian. Disamping itu,kemahiran teknologi yang tinggi  juga menjadi salah satu elemen penting dalam pembentukan diri mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang. Dalam era yang semakin kompentatif ini,kemampuan mereka untuk menguasai teknologi ‘Information communication technology’ (ICT) yang terkini dan cekap memberi ruang kepada mereka dalam melahirkan idea, pandangan,maklumat dan produk yang kreatif dan inovatif. Hal ini seterusnya menjadi medium yang sangat penting untuk perkembangan politik, ekonomi dan sosial negara. Selain itu, gabungan prestasi akademik dan kokurikulum yang baik juga menjadi salah satu ciri bagi melahirkan diri mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang.

                Mereka  harus menguasai semau bidang ilmu dengan seimbang dan mampu mempraktikannya dalam kehidupan seharian. Oleh itu.pemahaman terhadap konsep ilmu dengan mendalam amat penting supaya dapat mewujudkan golongan yang berjaya dan seimbang bukan sahaja dari aspek intelek tetapi juga dari aspek rohani,jasmani dan emosi. Di samping itu keupayaan kendiri juga merupakan satu kriteria yang utama dalam membentuk diri mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang. Setiap individu harus bersikap toleran sesama insan, proaktif dalam setiap amanah dan tanggungjawab serta mahir membuat keputusan. Mereka juga harus bersikap produktif dalam menjalankan aktiviti dan berdikari mencari peluang dan prospek baru yang dapat memberi keuntungan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kajian dan pemerhatian yang dilakukan oleh mereka menjadi medium untuk berjaya dalam hidup. Selain itu mereka juga harus mampu mengadaptasi diri dengan perubahan komuniti semasa yang sentiasa berubah dan mencabar. Integriti dan positif juga menjadi elemen penting dalam mewujudkan diri mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang.Keikhlasan dan kejujuran dalam setiap perlakuan menggambarkan keperibadian seseorang. Setiap peranan dan tanggungjawab yang dimainkan dapat memberi keamanan dan kemakmuran kepada negara,bangsa dan agama seterusnya matlamat untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam semua bidang pasti akan tercapai.

 

 

 

2 Responses to “KRITERIA DIRI MAHASISWA DAN MAHASISWI YANG CEMERLANG”

  1. em…benda ni bnyak bantu sya dlm persdiaan menjadi mahasiswi

    • mizrs84 Says:

      Salam sejahtera..terima kasih sakura di atas sokongan yang diberikan…setiap perkara yang baru adalah satu bentuk latihan kepada kita untuk menjadi insan yang lebih baik…belajar dari kesilapan dan terus berusaha untuk perbaiki diri ke arah yang lebih baik…keep it up k…sekian..:)

Leave a comment